PASANG IKLAN

ADVERTAISER

Rabu, Januari 23, 2013

Wasiat lukman kepada anaknya sebelum ia meninggal

Lukmanul Hakim juga pernah berwasiat kepada anaknya sebelum beliau meninggalkan dunia yang fana ini. “
Sebelum lukman meninggal beliau mewasiatkan tiga hal kepada anaknya.

1.janganlah engkau makan kecuali makanan yang sedap sahaja
2. perbanyakanlah kahwin dan
3. bangunkan rumah di seluruh pelosok bumi


Setelah selesai pemakaman ia menanyakan tentang arti yang diriwayatkannya kepada sahabat ayahnya.
akhirnya sahabat ayahnya itu menjelaskan satu persatu artinya, Anaknya seolah-olah tidak percaya dengan wasiat ayahnya itu. Tetapi mungkin juga ada sesuatu di balik kata-kata itu.

Wasiat ayahmu yang pertama artinya janganlah engkau makan kecuali apabila telah benar-benar lapar, kerana apabila engkau sudah terlalu lapar engkau akan merasa makanan yang engkau makan itu begitu enak, lazat dan engkau akan bersyukur dengannya.”

Tentang wasiat ayahmu yang kedua, hendaklah kamu selalu berkelana, kerana apabila engkau bertemu lagi dengan isterimu setelah lama terpisah, engkau akan merasa seperti baru kahwin lagi."

"Sedangkan wasiatnya yang ketiga, yang menyuruh engkau membangunkan sebanyak-banyaknya rumah ertinya, carilah sahabat sebanyak mungkin. Apabila engkau telah bersahabat dengan seseorang maka rumahnya akan menjadi seperti rumahmu sendiri dan rumahmu juga sudah seperti rumahnya.”

Setelah mendengar penjelasan itu barulah dia faham maksud yang sebenarnya dari kata-kata ayahnya yang pada mulanya dianggap aneh itu.

Wallahua'lam... ::

Tidak ada komentar:

Posting Komentar